Tuesday, September 8, 2009

Apakah kesan-kesan & manfaat Bersyukur?

Assalammualaikum para sahabat sekalian.

Pada kali yang lepas, kami telah membincangkan dan menjelaskan mengenai syukur dalam kehidupan terutamanya sebagai seorang pelajar. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk menunjukkan kesyukuran kita keatas segala nikmat kurniaan-Nya. Oleh sebab itu, pada kali ini kami mahu membincangkan mengenai kesan-kesan dan manfaat yang diperolehi oleh setiap orang yang tahu menghargai dan bersyukur keatas nikmat-Nya. Sudah tentu terdetik di setiap pemikiran semua orang termasuklah para sahabat sekalian mengenai apakah kesan atau manfaat yang akan diperolehi akibat mengamalkan sifat bersyukur ini. Sudah pasti kesan yang baik dan menyenangkan dapat dirasai apabila kita bersyukur.


“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)

Salah satu manfaat bersyukur ialah kita akan mendapat nikmat yang lebih baik dan bertambah-tambah daripada-Nya. Hal ini kerana, Allah menyukai hamba yang tahu bersyukur atas segala pemberiannya.



“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nisaa’ : 147)

Contohnya, sebagai seorang pelajar, sudah pasti kita mengharapkan keputusan yang cemerlang dalam akedemik. Oleh sebab itu, sekiranya kita tidak mendapatkan kejayaan yang diimpikan, kita haruslah terus menyatakan syukur kepada-Nya kerana segala kejadian mempunyai hikmahnya tersendiri. Jika kita terus berusaha dan bersyukur, kita pasti akan menempa kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Hal ini kerana, Allah hanya memberikan sedikit ujian untuk menguji sama ada kita tergolong antara orang-orang yang redha atas segala yang keadaan.



“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (QS. Ali Imran:145)

Tambahan lagi, seperti yang kita sedia maklum, bersyukur merupakan satu sikap yang baik dan disukai Allah. Jika kita bersyukur, kita dapat menambahkan pahala kita kerana sentiasa meredhai pemberian-Nya. Hadis diatas jelas menunjukkan bahawa Allah amat menyayangi kita dan menyukai sifat bersyukur.


Ibnu `Abbas menceritakan, Rasulullah bersabda, “Orang pertama yang akan dipanggil untuk masuk surga adalah orang-orang yang senantiasa memanjatkan puji syukur kepada Allah, yaitu orang-orang yang senantiasa memuji Allah dalam keadaan lapang dan dalam keadaan sempit” (Tanbihul Ghafilin 197)

Bersyukur merupakan satu amalan yang mulia sehinggakan orang yang bersyukur sentiasa mendapat keredhaan-Nya.

Sebagai seorang pelajar, kita menjalani kehidupan dengan berbagai-bagai perkara.

Contoh situasi yang dapat kami jelaskan disini ialah apabila seseorang pelajar tersebut mengalami kegagalan dalam ujian akedemiknya. Pelajar tersebut pastilah berasa risau dan sedih atas keputusan tersebut. Namun, dia seharusnya bersyukur kerana ia merupakan dugaan dan ujian untuk dia lebih berjaya pada masa akan datang. Pelajar tersebut akan lebih meningkatkan fokusnya semasa pembelajaran di dalam kelas dan semakin rajin mengulang kaji pelajaran untuk memastikan pisang tidak berbuah dua kali. Atas peringatan dan usaha yang diberikan, pelajar tersebut akan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang berbanding sebelumnya.

Contoh lain pula ialah, kita sebagai pelajar IPGM-Kampus Pendidikan Islam bertuah kerana diberikan bantuan kewangan oleh pihak kerajaan dalam meneruskan pembelajaran dan kehidupan sebagai pelajar. Duit elaun yang kita terima sebagai pelajar PPISMP ialah sebanyak RM 430.00 dapat digunakan untuk membayar banyak keperluan. Oleh itu, kita haruslah bersyukur kerana tidak semua orang mendapat nikmat seperti ini. Salah satu situasi yang dapat dilihat apabila duit elaun seseorang pelajar telah habis digunakan untuk tujuan tertentu. Namun, apabila pelajar tersebut sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, dia mudah mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka seperti dimudahkan segala urusan dalam menerima ilmu, mendapat rezeki kerana dibelanja rakan lain dan lain-lain lagi.

Bersyukur mengajar kita sebagai seorang pelajar supaya sentiasa redha dan pasrah atas segala ketentuan-Nya. Contohnya, apabila kita sudah bergelar seorang guru, kita mudah merasai keredhaan walaupun mendapat anak murid yang nakal atau kita ditempatkan di kawasan sekolah yang kurang menyenangkan seperti kawasan edalaman. Dengan bersyukur, segala urusan dipermudahkan dan rezeki akan berlimpah-ruah. Malah, kita akan berasa sentiasa dekat dengan pencipta kita, iaitu Allah s.w.t.

Ada diantara kita yang hanya bersyukur apabila berada dalam keadaan kesusahan dan kesempitan. Contohnya, apabila kita mendapat tugasan kerja kursus yang banyak, ia memberikan tekanan kepada kita. Pada saat itu, kita memohon pertolongan daripada Allah dengan bersungguh-sungguh. Namun, apabila merasai sedikit kesenangan seperti mendapat markah yang cemerlang dalam kerja kursus tersebut, kita mudah lupa bahawa segala nikmat tersebut datang daripada-Nya. Malah, kita tidak melahirkan rasa bersyukur kita dengan betul seperti melakukan sujud syukur, malah kita meraikan dengan bersuka-ria bersama rakan-rakan lain di pusat membeli -belah.



Kebanyakan Manusia Tidak Bersyukur :

“Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezki kepada kamu dari langit dan bumi ? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?” (QS. Al-Fathir: 3)

“Dan ketika Kami (Allah) memberikan nikmat kepada manusia, ia memalingkan muka dan bersikap angkuh, dan ketika ia ditimpa keburukan ia berputus asa.” (QS. Al Isra’ : 83)

Jika kita tidak bersyukur, pasti kita tidak diredhai Allah dan kehidupan kita tidak berasa senang. Kita sentiasa akan merasakan kekurangan dan kesusahan kerana menyesali dengan segala musibah dan dugaan yang dengan berfikiran negatif. Situasi tidak bersyukur ini menyebabkan kita menjadi seseorang yang tidak menghargai orang sekeliling dan mensia-siakan kehidupannya.
Seharusnya, kita bersyukur sama ada berada dalam keadaan senang ataupun dalam kesempitan. Hal ini kerana, segala yang terjadi datangnya daripada Allah dan segalanya mempunyai sebab dan hikmahnya yang tersendiri.


Ancaman bagi yang Tidak Bersyukur:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)


“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.” (QS. Al Hajj : 38)

Kita haruslah bersyukur kerana kika tidak kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.


Kesimpulannya, bersyukur merupakan satu sifat yang terpuji dan amat dusukai oleh Allah s.w.t. Setiap oarang yang bersyukur sama ada semasa mereka senang atau susah akan memperolehi nikmat yang lebih baik.

Monday, September 7, 2009

Contoh Perilaku Bersyukur Kepada Tuhan Allah SWT

Assalammualaikum kepada para sahabat sekalian.

Seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, bersyukur didefinasikan sebagai memuji, berterima kasih dan merasa berhutang budi kepada Allah atas kurnia-Nya, bahagia atas kurnian tersebut dan mencintai-Nya dengan melaksanakan ketaatan kepada-Nya.

Tahukah para sahabat sekalian tentang bagaimana kita mahu menunjukkan kesyukuran kita?

Sebagai seorag hamba Allah, kita haruslah bersyukur atas segala kurniaan-Nya melalui cara-cara tertentu. Terdapat 4 cara yang kami dapat jelaskan dalam melahirkan rasa kesyukuran iaitu:



1. Bersyukur dengan Hati dan Perasaan

Menghindari perilaku buruk yang dibenci manusia dan Allah SWT seperti kikir, ria, fasik, mungkar, keji, dendam, sombong, takabur, munafik, dan sebagainya.

  • sebagai seorang pelajar di IPGM-Kampus Pendidikan Islam, kita perlulah menghindari sikap takbur dan sombong atas nikmat kejayaan yang diperolehi. Selain itu, kita haruslah berkawan dengan semua sahabat tanpa menyimpan perasaan hasad dengki dan benci.

Selalu ingat kepada Allah SWT dan juga mengingat mati.

  • Dalam kehidupan ini, kita sebagai manusia biasa haruslah sentiasa mengingati mati. Setiap benda yang hidup akan mati. Dengan cara ini, kita akan lebih bersyukur dalam menjalani setiap saat dalam kehidupan dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti menuntut ilmu, dan beribadah.

Memiliki perasaan cinta kepada Allah SWT dan Rasulnya melebihi apapun juga.

  • Bersyukur dengan hati kerana kita mempunyai perasaan cinta kepada Allah s.w.t. dan Rasulnya. Cuba para sahabat bayangkan, tatkala lahirnya kita di dunia ini, kita telah dididik mengenal dan berCinta dengan agama Islam yang syumul. Kita seharusnya kerana kita telah diberikan nikmat dari segi agama dan iman.

2. Beryukur dengan Mulut atau Ucapan

Terbiasa Membaca Al-Quran atau tadarus

  • Kita sebagai pelajar KAMPIS, bertuah kerana mendapat tempat di kampus ini. Dengan suasana kampus ini yang menerapkan nilai-nilai keagamaan yang mulia, kita sebagai pelajar sudah terbiasa dalam melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran dan tadarus.

Menyebarkan dan mengajarkan ilmu yang dimiliki

  • Bersyukur melalui mulut atau ucapan juga boleh dilakukan dengan mengajarkan ilmu pengetahuan yang diperolehi kepada rakan-rakan lain. Dengan cara itu, kita dapat menambahkan pengetahuan baru apabila berkongsi maklumat dengan rakan-rakan.

Selalu ingat Allah dengan berzikir di manapun kita berada seperti tahlil, tahmid, istigfar, hauqalah, takbir, ta'awudz, dan lain sebagainya

  • Kita bolehlah mengucapkan alhamdulillah serta berzikir tidak kira dimana sahaja. Walaupun sesibuk mana kita sebagai pelajar dalam menjalani kehidupan harian seperti menyiapkan kerja kursus, membuat nota dan latihan, namun dengan mengucapkan Alhamdulillah sudah mencukupi untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah s.w.t

Sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendoakan diri sendiri, keluarga, kerabat, musuh, dan lain sebagainya.

  • Sebagai seorang anak dan pelajar, kita seharusnya mengucapkan rasa syukur dengan berdoa untuk kesejahteraan mereka. Mendoakan diri sendiri dan orang lain menunjukkan betapa kita menghargai dan bersyukur dengan kurniaan Allah kerana memberi kita ibu-bapa yang penyayang serta rakan-rakan yang memahami.

3. Bersyukur dengan Amal Perbuatan

Melakukan ibadah.

  • Kita boleh melakukan ibadah seperti solat lima waktu, berpuasa, mengerjakan haji dan bersedekah tandakita melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t. Dengan cara ini, Insyaallah Allah akan melindungi kita daripada segala bencana dan kesusahan serta menambahkan lagi nikmat dan rezeki untuk masa akan datang.

Melaksanakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi semua larangannya

  • Kita sebagai pelajar yang bakal menjadi seorang guru pada masa akan datang haruslah menunjukkan sikap dan nilai yang baik dengan melaksanakan semua perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangannya. Contohnya ialah, kita haruslah menghormati orang lain serta melakukan ibadah seperti tidak meninggalkan solat. Selain itu, kita haruslah mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif seperti melepak dan terlibat dengan najis dadah.

Berperang dan berjihad di jalan Allah SWT.


  • Sebagai umat islam, kita boleh melahirkan rasa syukur dengan berjihad di jalan Allah. Kita boleh membantu negara-negara islam yang teranaya dengan memberi bantuan harta benda. Selain itu, kita boleh melakukan satu perhimpunan atau kegiatan memboikot barang-barang keluaran negara yang menzalimi saudara kita di negara lain. Contohnya, pihak kampus telah mengadakan demonstrasi "Save Gaza" dengan mengajak para pelajar memboikot segala perniagaan yang terlibat seperti Mc' Donald. Malah, ada pihak yang mengadakan jualan baju dan lain-lain bertujuan hasilnya disumbangkan kepada penduduk yang dizalimi tersebut. Malah, sebagai pelajar, kita juga boleh melakukan jihad dengan cara lebih mudah iaitu dengan belajar dengan bersungguh-sungguh. Menuntut ilmu merupakan jihad kecil yang dapat kita lakukan.

Bersyukur dengan Harta Benda.



Membantu orang-orang yang memerlukan bantuan kewangan.

  • Kita boleh melahirkan rasa syukur dengan rezeki yang kita perolehi dengan menolong orang susah seperti bersedekah dan menyalurkan sumbangan harta benda seperti baju dan barang keperluan lain kepada mereka. Selain itu, kita juga boleh menyumbang dalam membangunkan masjid, sekolah, surau dan lain-lain kegunaan masyarakat. Dengan cara ini, kita kan lebih mensyukuri nikmat dan rezeki Allah s.w.t.

Mengapa Harus Bersyukur?

Assalammualaikum para sahabat sekalian,

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, kita digalakkan melakukan banyak ibadah dan banyak muhasabah diri. Namun begitu, mengapa harus kita bersyukur? Sebagai seorang pelajar IPGM-Kampus Pendidikan Islam, kita amat bertuah berada dalam keadaan ini kerana nikmat Allah s.w.t telah memberi kita jalan untuk memajukan diri dan menjadi seorang yang berguna pada masa akan datang.


“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (QS. An Nahl: 78)

AyAt diatas menjelaskan tentang nikmat yang telah diberikan Allah s.w.t kepada kita, dan mengapa kita harus bersyukur. Contoh yang paling dekat dapat dilihat apabila kita sebagai pelajar kampus ini mempunyai cukup sifat dalam bentuk anggota fizikal tubuh badan untuk terus belajar di kampus ini.


“Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (QS. Al Qashas : 73

Ayat diatas menjelaskan mengapa kita harus bersyukur seharian. Sebagai contoh, Allah menjadikan siang untuk kita mencari nikmat dan rezeki serta malam untuk beristirehat. Sebagai seorang pelajar, kita mencari ilmu dan menimba pengalaman pada waktu siang seperti mencari nikmat ilmu dalam pelajaran Matematik. Pada waktu malamnya, kita meluangkan masa dengan beristirehat dengan tidur dan memuhasabah diri.


“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.” (QS. An Nahl :16)

Ayat ini menjelaskan bahawa segala nikmat yang kita perolehi adalah kurniaan Allah s.w.t. Selain nikmat kesenangan dan kemudahan, kemudaratan dan kesusahan juga merupakan salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Hal ini kerana, segala kesusahan yang datang pastinya bersebab dan mempunyai hikmahnya tersendiri. Contohnya, sebagai pelajar, kita pastilah mahu menempa kejayaan dan kecermerlangan dalam akedemik. Namun begitu, apabila berlaku musibah seperti kegagalan dalam akedemik, ia menjadikan pelajar tersebut sedih dan berdukacita. Namun begitu, pelajar tersebut seharusnya bersyukur kerana dia dapat peringatan untuk memperbaiki kelemahan diri dan menjadi seseorang yang lebih berjaya pada masa akan datang.


“Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (QS. Al Qashash : 70)

Kesimpulannya, kita bersyukur kerana mendapat sesuatu nikmat daripada Allah s.w.t. Jika kita tidak tahu bersyukur, pastinya kita akan kerugian kerana hanya kepada-Nya tempat kita meminta pertolongan dan tempat sebaik-baiknya pengadu masalah. Sebagai seorang pelajar yang bakal penjadi seorang guru, kita harus bersyukur kerana berada dalam keadaan ini kerana tidak semua orang yang memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan dapat meneruskan impian mereka. Wallahualam.