Seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, bersyukur didefinasikan sebagai memuji, berterima kasih dan merasa berhutang budi kepada Allah atas kurnia-Nya, bahagia atas kurnian tersebut dan mencintai-Nya dengan melaksanakan ketaatan kepada-Nya.
Tahukah para sahabat sekalian tentang bagaimana kita mahu menunjukkan kesyukuran kita?
Sebagai seorag hamba Allah, kita haruslah bersyukur atas segala kurniaan-Nya melalui cara-cara tertentu. Terdapat 4 cara yang kami dapat jelaskan dalam melahirkan rasa kesyukuran iaitu:
Menghindari perilaku buruk yang dibenci manusia dan Allah SWT seperti kikir, ria, fasik, mungkar, keji, dendam, sombong, takabur, munafik, dan sebagainya.
- sebagai seorang pelajar di IPGM-Kampus Pendidikan Islam, kita perlulah menghindari sikap takbur dan sombong atas nikmat kejayaan yang diperolehi. Selain itu, kita haruslah berkawan dengan semua sahabat tanpa menyimpan perasaan hasad dengki dan benci.
Selalu ingat kepada Allah SWT dan juga mengingat mati.
- Dalam kehidupan ini, kita sebagai manusia biasa haruslah sentiasa mengingati mati. Setiap benda yang hidup akan mati. Dengan cara ini, kita akan lebih bersyukur dalam menjalani setiap saat dalam kehidupan dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti menuntut ilmu, dan beribadah.
Memiliki perasaan cinta kepada Allah SWT dan Rasulnya melebihi apapun juga.
- Bersyukur dengan hati kerana kita mempunyai perasaan cinta kepada Allah s.w.t. dan Rasulnya. Cuba para sahabat bayangkan, tatkala lahirnya kita di dunia ini, kita telah dididik mengenal dan berCinta dengan agama Islam yang syumul. Kita seharusnya kerana kita telah diberikan nikmat dari segi agama dan iman.
2. Beryukur dengan Mulut atau Ucapan
Terbiasa Membaca Al-Quran atau tadarus
- Kita sebagai pelajar KAMPIS, bertuah kerana mendapat tempat di kampus ini. Dengan suasana kampus ini yang menerapkan nilai-nilai keagamaan yang mulia, kita sebagai pelajar sudah terbiasa dalam melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran dan tadarus.
Menyebarkan dan mengajarkan ilmu yang dimiliki
- Bersyukur melalui mulut atau ucapan juga boleh dilakukan dengan mengajarkan ilmu pengetahuan yang diperolehi kepada rakan-rakan lain. Dengan cara itu, kita dapat menambahkan pengetahuan baru apabila berkongsi maklumat dengan rakan-rakan.
Selalu ingat Allah dengan berzikir di manapun kita berada seperti tahlil, tahmid, istigfar, hauqalah, takbir, ta'awudz, dan lain sebagainya
- Kita bolehlah mengucapkan alhamdulillah serta berzikir tidak kira dimana sahaja. Walaupun sesibuk mana kita sebagai pelajar dalam menjalani kehidupan harian seperti menyiapkan kerja kursus, membuat nota dan latihan, namun dengan mengucapkan Alhamdulillah sudah mencukupi untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah s.w.t
Sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendoakan diri sendiri, keluarga, kerabat, musuh, dan lain sebagainya.
- Sebagai seorang anak dan pelajar, kita seharusnya mengucapkan rasa syukur dengan berdoa untuk kesejahteraan mereka. Mendoakan diri sendiri dan orang lain menunjukkan betapa kita menghargai dan bersyukur dengan kurniaan Allah kerana memberi kita ibu-bapa yang penyayang serta rakan-rakan yang memahami.
3. Bersyukur dengan Amal Perbuatan
Melakukan ibadah.
- Kita boleh melakukan ibadah seperti solat lima waktu, berpuasa, mengerjakan haji dan bersedekah tandakita melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t. Dengan cara ini, Insyaallah Allah akan melindungi kita daripada segala bencana dan kesusahan serta menambahkan lagi nikmat dan rezeki untuk masa akan datang.
Melaksanakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi semua larangannya
- Kita sebagai pelajar yang bakal menjadi seorang guru pada masa akan datang haruslah menunjukkan sikap dan nilai yang baik dengan melaksanakan semua perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangannya. Contohnya ialah, kita haruslah menghormati orang lain serta melakukan ibadah seperti tidak meninggalkan solat. Selain itu, kita haruslah mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif seperti melepak dan terlibat dengan najis dadah.
Berperang dan berjihad di jalan Allah SWT.
- Sebagai umat islam, kita boleh melahirkan rasa syukur dengan berjihad di jalan Allah. Kita boleh membantu negara-negara islam yang teranaya dengan memberi bantuan harta benda. Selain itu, kita boleh melakukan satu perhimpunan atau kegiatan memboikot barang-barang keluaran negara yang menzalimi saudara kita di negara lain. Contohnya, pihak kampus telah mengadakan demonstrasi "Save Gaza" dengan mengajak para pelajar memboikot segala perniagaan yang terlibat seperti Mc' Donald. Malah, ada pihak yang mengadakan jualan baju dan lain-lain bertujuan hasilnya disumbangkan kepada penduduk yang dizalimi tersebut. Malah, sebagai pelajar, kita juga boleh melakukan jihad dengan cara lebih mudah iaitu dengan belajar dengan bersungguh-sungguh. Menuntut ilmu merupakan jihad kecil yang dapat kita lakukan.
Bersyukur dengan Harta Benda.
Membantu orang-orang yang memerlukan bantuan kewangan.
- Kita boleh melahirkan rasa syukur dengan rezeki yang kita perolehi dengan menolong orang susah seperti bersedekah dan menyalurkan sumbangan harta benda seperti baju dan barang keperluan lain kepada mereka. Selain itu, kita juga boleh menyumbang dalam membangunkan masjid, sekolah, surau dan lain-lain kegunaan masyarakat. Dengan cara ini, kita kan lebih mensyukuri nikmat dan rezeki Allah s.w.t.
Thanks , akhirnya aku bisa ngerjain PR-ku . THANKS THANKS :D
ReplyDelete