Assalammualaikum para sahabat sekalian,
Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, kita digalakkan melakukan banyak ibadah dan banyak muhasabah diri. Namun begitu, mengapa harus kita bersyukur? Sebagai seorang pelajar IPGM-Kampus Pendidikan Islam, kita amat bertuah berada dalam keadaan ini kerana nikmat Allah s.w.t telah memberi kita jalan untuk memajukan diri dan menjadi seorang yang berguna pada masa akan datang.
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (QS. An Nahl: 78)
AyAt diatas menjelaskan tentang nikmat yang telah diberikan Allah s.w.t kepada kita, dan mengapa kita harus bersyukur. Contoh yang paling dekat dapat dilihat apabila kita sebagai pelajar kampus ini mempunyai cukup sifat dalam bentuk anggota fizikal tubuh badan untuk terus belajar di kampus ini.
“Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (QS. Al Qashas : 73
Ayat diatas menjelaskan mengapa kita harus bersyukur seharian. Sebagai contoh, Allah menjadikan siang untuk kita mencari nikmat dan rezeki serta malam untuk beristirehat. Sebagai seorang pelajar, kita mencari ilmu dan menimba pengalaman pada waktu siang seperti mencari nikmat ilmu dalam pelajaran Matematik. Pada waktu malamnya, kita meluangkan masa dengan beristirehat dengan tidur dan memuhasabah diri.
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.” (QS. An Nahl :16)
Ayat ini menjelaskan bahawa segala nikmat yang kita perolehi adalah kurniaan Allah s.w.t. Selain nikmat kesenangan dan kemudahan, kemudaratan dan kesusahan juga merupakan salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Hal ini kerana, segala kesusahan yang datang pastinya bersebab dan mempunyai hikmahnya tersendiri. Contohnya, sebagai pelajar, kita pastilah mahu menempa kejayaan dan kecermerlangan dalam akedemik. Namun begitu, apabila berlaku musibah seperti kegagalan dalam akedemik, ia menjadikan pelajar tersebut sedih dan berdukacita. Namun begitu, pelajar tersebut seharusnya bersyukur kerana dia dapat peringatan untuk memperbaiki kelemahan diri dan menjadi seseorang yang lebih berjaya pada masa akan datang.
“Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (QS. Al Qashash : 70)
Kesimpulannya, kita bersyukur kerana mendapat sesuatu nikmat daripada Allah s.w.t. Jika kita tidak tahu bersyukur, pastinya kita akan kerugian kerana hanya kepada-Nya tempat kita meminta pertolongan dan tempat sebaik-baiknya pengadu masalah. Sebagai seorang pelajar yang bakal penjadi seorang guru, kita harus bersyukur kerana berada dalam keadaan ini kerana tidak semua orang yang memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan dapat meneruskan impian mereka. Wallahualam.
hati yang resah
14 years ago
No comments:
Post a Comment