Bersyukurkah para pelajar KAMPIS ??
Assalammualaikum kepada para sahabat sekalian.Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita merenung dan menilai diri sendiri sama ada kita adalah insan yang beriman kepada Allah S.W.T atau tidak. Salah satu cara untuk menunjukkan keimanan kita ilah melalui bersyukur.Di bulan Ramadhan ini, aktiviti membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan merupakan satu budaya dan kelaziman masyarakat termasuklah kita, warga pelajar IPGM-Kampus Pendidikan Islam. Seperti yang kita maklum, berpuasa merupakan satu ibadah yang menahan diri daripada minum dan makan serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Berpuasa bertujuan mengingatkan diri kita supaya merasai kesusahan orang lain yang tidak cukup keperluan untuk meneruskan kehidupan dari segi pemakanan, pemakaian dan tempat tinggal. Oleh sebab itu, puasa mendidik kita supaya bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi.BERSYUKURKAH ANDA WAHAI PARA PELAJAR IPGM-KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENJALANI KEHIDUPAN INI?Sikap berbelanja dengan berlebihan dianggap membazir. Allah amat melarang sikap ini hingga menganggap orang yang membazir itu adalah saudara syaitan. Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra', ayat 27) Oleh itu, Ramadan bukan bulan untuk berbelanja besar. Perkara yang amat mendukacitakan apabila tibanya Ramadan, terutama ketika menjelang berbuka puasa, ada diantara kita yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’.Makanan yang dibeli di bazar Ramadhan tidak habis dimakan. hanya kerana mengikut hawa nafsu, makanan tersebut dibuang kerana terlalu banyak juadah telah tersedia sewaktu berbuka.Bazar Ramadhan yang terdapat di luar kawasan kampus kita merupakan satu bazar yang kecil. Namun begitu, ada diantara para pelajar yang sanggup menghabiskan wang mereka dengan membeli segala juadah di bazar tersebut. Akhirnya, berlakulah pembaziran apabila segala makanan yang dibeli tidak dapat dihabiskan.Berlainan pula nasib saudara kita yang bersada dalam keadaan kedaifan. Renunglah nasib malang saudara-saudara kita yang terpaksa berlapar dan dahaga sepanjang tahun di negara-negara yang miskin atau yang dilanda peperangan. Mereka sanggup memunggah sampah sarap semata-mata untuk mencari sesuap makanan untuk meneruskan kehidupan.Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi. jika dibandingkan dengan mereka yang kelaparan di luar sana, kita sudah mempunyai sesuatu yang cukup baik untuk meneruskan kehidupan. Bersyukurlah selagi berkesempatan. Jangan baru hendak bersyukur ketika nikmat yang diperolehi ditarik balik.Sebagai seorang pelajar yang bakal menjadi pendidik kapada generasi pada masa akan datang, kita seharusnya bersikap lebih matang dalam membuat keputusan, bukan hanya berpandukan nafsu dan perasaan sahaja. malah, kita harus menunjukkan sikap yang baik supaya menjadi teladan kepada masyarakat di luar sana.
No comments:
Post a Comment