Tuesday, August 25, 2009

Bersyukurkah para pelajar KAMPIS ??


Assalammualaikum kepada para sahabat sekalian.

Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita merenung dan menilai diri sendiri sama ada kita adalah insan yang beriman kepada Allah S.W.T atau tidak. Salah satu cara untuk menunjukkan keimanan kita ilah melalui bersyukur.

Di bulan Ramadhan ini, aktiviti membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan merupakan satu budaya dan kelaziman masyarakat termasuklah kita, warga pelajar IPGM-Kampus Pendidikan Islam. Seperti yang kita maklum, berpuasa merupakan satu ibadah yang menahan diri daripada minum dan makan serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Berpuasa bertujuan mengingatkan diri kita supaya merasai kesusahan orang lain yang tidak cukup keperluan untuk meneruskan kehidupan dari segi pemakanan, pemakaian dan tempat tinggal. Oleh sebab itu, puasa mendidik kita supaya bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi.



BERSYUKURKAH ANDA WAHAI PARA PELAJAR IPGM-KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENJALANI KEHIDUPAN INI?

Sikap berbelanja dengan berlebihan dianggap membazir. Allah amat melarang sikap ini hingga menganggap orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.




Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra', ayat 27)


Oleh itu, Ramadan bukan bulan untuk berbelanja besar. Perkara yang amat mendukacitakan apabila tibanya Ramadan, terutama ketika menjelang berbuka puasa, ada diantara kita yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’.


Makanan yang dibeli di bazar Ramadhan tidak habis dimakan. hanya kerana mengikut hawa nafsu, makanan tersebut dibuang kerana terlalu banyak juadah telah tersedia sewaktu berbuka.
Bazar Ramadhan yang terdapat di luar kawasan kampus kita merupakan satu bazar yang kecil. Namun begitu, ada diantara para pelajar yang sanggup menghabiskan wang mereka dengan membeli segala juadah di bazar tersebut. Akhirnya, berlakulah pembaziran apabila segala makanan yang dibeli tidak dapat dihabiskan.

Berlainan pula nasib saudara kita yang bersada dalam keadaan kedaifan. Renunglah nasib malang saudara-saudara kita yang terpaksa berlapar dan dahaga sepanjang tahun di negara-negara yang miskin atau yang dilanda peperangan. Mereka sanggup memunggah sampah sarap semata-mata untuk mencari sesuap makanan untuk meneruskan kehidupan.

Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi. jika dibandingkan dengan mereka yang kelaparan di luar sana, kita sudah mempunyai sesuatu yang cukup baik untuk meneruskan kehidupan. Bersyukurlah selagi berkesempatan. Jangan baru hendak bersyukur ketika nikmat yang diperolehi ditarik balik.

Sebagai seorang pelajar yang bakal menjadi pendidik kapada generasi pada masa akan datang, kita seharusnya bersikap lebih matang dalam membuat keputusan, bukan hanya berpandukan nafsu dan perasaan sahaja. malah, kita harus menunjukkan sikap yang baik supaya menjadi teladan kepada masyarakat di luar sana.

bersyukur setiap ketika.

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -(Surah an-Nahl, ayat 18)

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai:

setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - 'hari akhirat yang kekal abadi.'

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

1) Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.
2) Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan dari masa ke semasa.

Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal).

Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.

Monday, August 24, 2009

KENALI SYUKUR...

Dalam sebuah hadis dikatakan:

"Sungguh aneh perkara orang mu´min, ketika diberi cobaan ia bersabar dan ketika diberi nikmat ia bersyukur"

Syukur bererti tidak hanya mengakui dalam hati tapi juga dalam ibadah dan amal perkataan.

Agar dapat bersyukur diperlukan:
1. Ilmu
2. Keadaan spiritual
3. Amal perbuatan

Pemberi segala nikmat adalah ALLAH.

Namun,

seringkali kita menganggap bahawa semua itu atas diri sendiri.

Bersyukur bukan tentang nikmat yang diberikan..

Tapi bersyukur kepada pemberi nikmat itu sendiri.

Kita memberikan kegembiraan kita kepada pemberi nikmat akan nikmat tersebut.

Namun seringkali syukur kita masih ditempatkan kepada nikmat.

Oleh itu,

seharusnya kita sedar bahawa kita mesti rasa syukur kepada ALLAH...

Sunday, August 23, 2009

syukuri kedatangan bulan suci Ramadhan,,



seperti kekasih..
sentiasa diharap akan kehadirannya..
rasa tidak mahu berpisah walau sedetik pun..

begitulah seperti yang digambarkan dalam sebuah hadis Ibn Khuzaimah;

"Andai setiap hamba mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik keberkatan Ramadhan, maka setiapnya akan berharap setahun itu adalah bulan Ramadhan."

sabda Rasulullah S.A.W: "Dia (ramadhan) adalah bulan yang diawalnya rahmat, ditengahnya keampunan dan diakhirnya terlepas dari seksaan api neraka."


Sesungguhnya,di bulan Ramadhan ini syaitan telah dibelenggu.Maka, tersedialah jalan yang mudah untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya. ikhlaskan diri dalam berpuasa, ringankan badan untuk tarawikh berjamaah dan lembutkan lisan untuk berzikir dan mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. di situ, kita akan temui ketenangan yang tidak tergambar.

Di bulan ini juga, Allah sentiasa dekat dengan hamba-Nya yang khusyuk beribadah dan akan memakbulkan doa hamba-Nya yang ikhlas memohon dan bersujud pada-Nya seperti yang tertulis di dalam surah al-Baqarah, ayat 186;

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa pada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."

MULIANYA RAMADHAN



Ramadhan kareem,
semoga Ramadhan kali ini menjadi penawar pada dosa2 yang telah menghitami hati,
sama-samalah kita memanfaatkan ia sebaik-baiknya kerana mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita...

PESANAN RINGKAS UTK SEMUA

"Aku tak selalu mendapatkan apa yang kusukai, oleh kerana itu aku selalu menyukai apapun yang aku dapatkan".

Kata-Kata di atas merupakan suatu tanda wujudnya rasa syukur. Syukur merupakan perasaan hati yang terpenting. Dengan bersyukur kita akan sentiasa diliputi rasa damai, tenteram dan bahagia. Sebaliknya, perasaan tak bersyukur akan sentiasa membebani kita. Kita akan selalu merasa kurang,tidak puas hati dan tak bahagia.

Bersyukurlah bahawa kamu belum siap memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan...
Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?

Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu...
Kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar...

Bersyukurlah untuk masa-masa sulit...
Di masa itulah kamu membesar...

Bersyukurlah untuk keterbatasanmu...
Kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang ...

Bersyukurlah untuk setiap tentangan baru ...
Kerana itu akan membangun kekuatan dan karaktermu ...

Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat ...
Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga ...

Bersyukurlah bila kamu lelah dan letih ...
Kerana itu kamu telah membuat suatu perbedaan ...

Mungkin mudah untuk kita bersyukur akan hal-hal yang baik...
tapi adakah kita selalu bersyukur pabila ditimba kesulitan??iaitu setelah memikirkan hikmah yang terselit disebalik kesulitan tersebut..

Rasa syukur dapat mengubah hal yang negatif menjadi positif ...
Temukan cara bersyukur akan masalah-masalahmu dan semua itu akan menjadi berkah bagimu...

Monday, August 10, 2009

MENGAKTIFKAN RASA SYUKUR

Memperolehi hikmah di setiap tapak perjalanan hidup merupakan satu kebahagiaan tersendiri bagi semua orang...

Melihat, mendengar, memahami, dan akhirnya mengambil iktibar ke dalam diri agar sentiasa memperbaiki diri dari waktu ke waktu...

Begitu pula di dalam sesuatu yang tampak buruk di luarnya bahkan memberi kita sebuah pelajaran yang teramat berharga...


TAK ADA MANUSIA YANG TERLAHIR SEMPURNA
JANGAN KAU SESALI SEGALA YANG TELAH TERJADI
KITA PASTI PERNAH DAPATKAN COBAAN YANG BERAT
SEAKAN HIDUP INI TAK ADA ARTINYA LAGI...

Terkadang lebih banyak tangisan yang menemani hidup kita jika dibandingkan dengan senyuman, padahal sejatinya senyuman adalah daripada keikhlasan...

Kita terlalu banyak memikirkan mengapa hidup ini begini, mengapa begitu, mengapa orang lain berbeza dengan kita, dan seribu satu alasan lainnya yang membawa kita kepada satu sikap menyerah...


Sesungguhnya, tak ada yang terlahir sempurna.

Setiap kita memiliki garis takdir yang berbeza. Meskipon begitu, manusia jarang sekali bersyukur dan puas dengan apa yang dimiliki...


SYUKURI APA YANG ADA
HIDUP ADALAH ANUGERAH
TETAP JALANI HIDUP INI
MELAKUKAN YANG TERBAIK

TUHAN PASTIKAN MENUNJUKKAN
KEBESARAN DAN KUASANYA
BAGI HAMBANYA YANG SABAR
DAN TAK KENAL PUTUS ASA...

Ketika kita merasa diri kita tidak lagi sempurna
(bahkan tak ada yang sempurna),
lihatlah ke bawah, betapa banyak manusia yang memerlukan sebahagian dari ketidaksempurnaan kita untuk melengkapi kehidupannya. Begitu banyak nasib yang jauh lebih menyedihkan jika dibandingkan dengan kehidupan kita...


Bersyukurlah dengan segala apa pun yang kita punya, lakukanlah yang terbaik dan jangan menyerah. Tetap bersabar pada setiap ujian-Nya sebab Allah akan memberikan kemudahan dalam setiap kesulitan...

Kemanfaatan membawa kita kepada ladang kesyukuran tanpa batas, menerobos segala batasan, hingga dengannya kita akan membangunkan istana di syurga...


...JANGAN MENYERAH...
...D' MASIV...




JADI... SUDAHKAH ANDA BERSYUKUR HARI INI???



Sunday, August 9, 2009

ALUNAN KEINSAFAN UTK RENUNGAN BERSAMA


Syukur Alhamdulillah by Ungu



Selalu kusakiti Engkau dengan dosaku
Ku balas semua kebaikan-Mu dengan kekurangan
Tiada pernah ku menyadari semuanya
Bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu


Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku Ya Allah
Atas indahnya hidup


Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku Ya Robbi
Atas rahmat dalam hidupku

Selalu ku tinggalkan Engkau dengan khilafku
Kubalas semua kemurahan-Mu dengan keburukan
Tiada pernah ku menyadari semuanya
Bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu


Friday, August 7, 2009

our theme song...~give thanks to Allah~

for you to hear,

for you to think,

for you to appreciate,

for you to thank to Him...

Perintah Bersyukur Dari Tuhanku



DEFINISI BERSYUKUR:
Memuji dan berterima kasih
DEFINISI MENSYUKURI NIKMAT ALLAH:
Memuji, berterima kasih dan merasa berhutang budi kepada Allah atas kurnia-Nya, bahagia atas kurnia tersebut dan mencintai-Nya dengan melaksanakan ketaatan kepada-Nya.
MENGAPA KITA PERLU BERSYUKUR?
Setiap muslimin dan muslimat diwajibkan untuk mensyukuri segala anugerah dan nikmat yang telah dIberikan oleh Allah kepada kita kerana Allah telah memerintahkan kepada semua hamba-Nya supaya sentiasa bersyukur dan mengingati-Nya seperti yang telah termaktub dalam al-Quran..

" maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku"
(surah al-baqarah:152)
"wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya"
(surah al-baqarah:172)
"dan terhadap nikmat tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)"
(surah ad-dhuha:11)